Rabu, 6 Disember 2023

 PENDAHULUAN 

TEKNOLOGI : SPEAKER

   Banyak orang menikmati mendengarkan speaker atau audio berkualiti tinggi karena pengalaman audio yang baik dapat meningkatkan kenikmatan mendengarkan musik. Speaker berkualiti tinggi dapat menghasilkan suara yang jelas dan terperinci. Hal ini membuat pengalaman mendengarkan menjadi lebih menyenangkan karena detail dan nuansa suara dapat terdengar dengan lebih baik. Speaker yang baik dapat menciptakan pengalaman mendengarkan yang selesa. Beberapa orang lebih suka menggunakan speaker daripada headphone karena terasa lebih bebas dan tidak tersangkut oleh kabel.

Speaker sering digunakan dalam situasi sosial, seperti saat mendengarkan musik bersama kawan atau keluarga. Speaker kemungkinan banyak orang mendengarkan secara bersamaan dan merasakan musik atau audio bersama-sama.




OBJEKTIF

Pembesar suarapengeras suara atau penguat suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan.





KAITAN SPEAKER DENGAN SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN 

1.MEMELIHARA AGAMA 

    Peranan utama syariah islam adalah memelihara agama serta pelaksanaannya.Contonya,tidak mendengar muzik-muzik haram yang boleh menjatuhkan martabat agama islam.Selain itu, speaker juga boleh disalah guna dengar memasang suara yang menghina agama islam atau menjatuhkan agama islam.Seterusnya, gunakan speaker untuk memudahkan manusia untuk melaungkan azan dan sebagainya.

KAITAN SPEAKER DENGAN KEADEH FIQH

1.SETIAP PERBUATAN BERDASARKAN PADA NIAT

    Setiap perbuatan yang dilakukan tentunya mempunyai niat sama ada baik atau buruk.Niat yang baik dalam pengunaan speaker akan membawa kepada kebaikan contohnya untuk melaungkan azan ,untuk mendengar zikir,ayat -ayat al quran dan sebagainya.

2.KESUKARAN MENJADI SEBAB KEMUDAHAN 

   Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.Kesukaran yang dihadapi dapat dimudahkan dalam pengunaan speaker ini contohnya memudahkan dalam melaungkan azan supaya dapat didengari oleh umat islam.

3. KEYAKINAN  

   Keyakin ialah bermaksud dari sudut bahasa, keyakinan itu membawa erti : Suatu ilmu yang tidak ada bersamanya keraguan. Manakala dari sudut istilah pula ia membawa maksud : Terhasilnya kepastian yang jazam sama ada sesuatu itu beerlaku atau tidak berlaku. 

4. KEMUDARTAN

   ISLAM melarang perbuatan berbahaya dan memberikan kemudaratan kepada orang lain di persekitarannya, sama ada keluarga, masyarakat mahupun rakyat di negaranya tanpa mengira perbezaan agama. Berdasarkan kaedah itu juga, orang Islam tidak dibenarkan melakukan sesuatu tindakan yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, bahkan mencetuskan kemudaratan kepada orang lain. 
 

LAMPIRAN  DAN KESIMPULAN

RUJUKAN 

1. file:///C:/Users/User/Downloads/Kaedah-Kaedah%20Fiqh%20Satu%20Pengenalan%20Ringkas.pdf

2. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/03/666076/cegah-kemudaratan-diri-orang-lain-dituntut-syarak

3. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1136-irsyad-al-hadith-siri-ke-100-sebab-wurud-hadith-setiap-amalan-itu-bergantung-pada-niat

4. https://studentdup2a.blogspot.com/

KESIMPULAN

   Kesimpulanya alat pembesar suara ini sangatlah bagus jika digunakan dengan cara yang betul.Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau sedang bersolat sunat sendirian di rumahnya, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau bukan muslim, atau ada urusan kerja yang tidak boleh ada terganggu dengan bunyi yang kuat dan lain-lain.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN ARAK

 PENDAHULUAN  TEKNOLOGI : SPEAKER     Banyak orang menikmati mendengarkan speaker atau audio berkualiti tinggi karena pengalaman audio yang ...

10 Golongan yang dilaknat